Mengenal Rosulullah, SAW


Mengenal Rosulullah SAW


Daripada kt triak2 baca rawi maulid barzanji tp tdk tau artinya, Lewat sedikit tulisan ini Mari lbh kt mengenal Rosulullah SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim
Tgl lahir : Subuh hari senin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenal Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN
Kakeknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya atau pamannya Abu Thalib yg jg ayah dr sayyidina Ali.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam untk berdagang.  Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. Dan tempat trsebut di sebut busra/bsrah yg srtinya kabar gembira.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. 
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sj. Menyaksikan perjanjian Al Fudhul perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kedua ke Syam untk perniagaan dagangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah. Pembangunan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar - pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan perselisihan perihal perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai penobatan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah yg dulu namanya yatsrib, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak dr Sayyidatina Khadijah bersama alm. suaminya Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

CIRI FISIK NABI MUHAMMAD S.A.W.
Begitu indahnya fisik Baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang baru pertama kali bertemu dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengakui akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat terhadap fisim Rasulullah:
Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya. 
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih indah dari sinar bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

Apabila Rasulullah merasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Siappun yg memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas ketika marah.

Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang dan beralis tebal.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu indah bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut membujur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd manusia biasa.

Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sehat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-tulangnya besar dan kokoh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Saudaraku...
Nabi Muhammad saw adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda Rosulullah Muhammad SAW adalah semulia-mulia insan di dunia.
Peringatan Maulid adalah mempelajari dan meneladani sikap dan sifat Rosulullah, mengamalkan wasiatnya Yaitu Al quran dan Hadits dan tdk lupa adalah Mengamalkan sunnah-sunnahnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku Dan barang siapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"
(Riwayat Al-Sajary dari Anas )

Buat apa kt triak2 tapi tdk mau meneladani akhlaq beliau.
Buat apa kt buang2 makanan tp tdk meu mengamalkan sunnah2 beliau.
Buat apa kt baca maulid tp justru tdk faham apa yg ada didalam bacaan trsebut.

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

wallahu'alam..
Semoga bermanfaat...

Aby Avicenna, SHI, SPd.I

Komentar